Sunday 26 February 2012

TEMPAHAN


Kami sedia menerima tempahan pelbagai jenis produk dari rotan untuk di jadikan cenderahati, perhiasan dirumah dan pejabat, kegunaan harian dan sebagainya. Peminat-peminat blog boleh melihat dan menilai sendiri hasil kraf rotan yang di hsilkan melalui laman blog kami - jarijemarikrafkreatif@gmail.com. Antara produk-produk kami adalah saperti bakul sia yang berbagai bentuk dan saiz, bakul kain (loundry basket), bakul payung, goodies beg (untuk cenderahati) dan sebagainya.

Ketahanan  BARANGAN ROTAN usah di kuatiri, ALAH BELI MENAMG MEMAKAI!!!!

Bakul Payung - RM 35.00
Tinggi 55cm x Lebar 22cm (Luas Permukaan)

Bakul Sia - RM 80.00
                                                
Raga Cenderahati/Goodies Bag (Untuk Majlis Perkahwinan)
Lebar 12cmcm x Tinggi 11cm
              

Bakul Kain/Loundry Basket - RM 150.00
             Tinggi 55cm x Lebar 40cm


Wednesday 22 February 2012

LAGI - CIPTAAN PRODUK TERBARU

Kami teruskan dengan produk yang baru

Bakul Sia - RM 180.00
Lebar 20cm x Tinggi 18cm 

Sulaman/Hiasan Tudung Saji
 Saiz Besar RM 70.00, Sedang RM 50.00

Laman Blog Peserta-apeserta Kursus Peningkatan KreativitiPropesional PKK

Berikut adalah laman blog peserta kursus

Perak

1.  Muzlina binti Mustapha - Lyna Kraf Kreatif
2.  Khadijah binti Hj. Ahmad PJK - jarijemarikreatifbg.blogspot.com

Tuesday 21 February 2012

PRODUK TERBARU MINGGU INI

Berikut adalah produk terbaru kami minggu ini
Kotak Tisu Tali Jerami - Rm 25.00

Bakul Cenderahati (goodies bag) - Rm 12.00
Lebar 12cm x Tinggi 11cm (warna mengikut permintaan)

              Beg Guni Jerami
              - Lebar 15cm x Tinggi 20cm (Goodies Bag) - RM 8.00
              - Lebar 20cm x Tinggi 30cm - RM 15.00
                                 
                     

PAMERAN DAN JUALAN

Produk kraf kami sering berada di pusat-pusat jualan dan pameran. Selalulah ikuti blog kami jarijemarikrafkreatif@gmail.com bagi mengetahui di mana adanya pameran dan jualan yang kami sertai.
Pastinya anda akan mendapat kepuasan dengan pelbagai produk yang kami keluarkan.

PRODUK BARU UNTUK ANDA

Layari lagi laman blog kami - jarijemarikrafkretif@gmail.com untuk melihat produk baru cermin muka.
Belanja yang tidak mahal dengan hasil yang membanggakan dengan hiasan-hiasan yang menarik. Sekiranya anda berminat untuk memilikinya bolehlah membeli terus atau membuat tempahan sebagai hadiah kepada orang yang disayangi juga sebagai cenderahati penghargaan, anda pasti berpuas hati dengan penghasilanya.

CERMIN DIRI bagi mengenal Kelemahan Sendiri
Menghias Wajah CERMIN MUKA sebagai Perantaraan!!!!!


                                             Cermin Muka Berhias - RM 60.00

PRODUK YANG DI USAHAKAN

Kami telah mengusahakan Sulaman Riben pada Tudung Saji dengan berbagai corak dan saiz.  Bengkel di jalankan selama satu (1) hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kepada pengunjung-pengunjung blog yang berminat menyertainya membuat pendaftaran dengan bayaran rm 50.00 bagi setiap penyertaan termasuk tempat, makan tengahari dan minum petang serta bahan-bahan pembelajaran.

layari kami jarijemarikrafkreatif@gmail.com

Cepat.......jangan lambat! nanti KETINGGALAN!!!!!

Bengkel Sulaman Tudung Saji kepada sur-suri rumah-tangga
                                                    Sulaman Tudung Saji RM 40.00
Luas Permukaan

AKTIVITI DAN BENGKEL

Blog kami telah menyediakan berbagai-bagai jenis aktiviti dan bengkel yang telah dan akan kami jalankan mengikut jadual dan jenis produk kraf yang telah di tetapkan dalam jangkamasa pendek, dengan bayaran yang berpatutan bergantung kepada bahan-bahan yang akan di gunakan.

Jika berminat boleh layarai laman blog jarijemarikrafkreatif@gmail.com kami dengan segera! Penyertaan terhad kepada pendaftaran terawal 30 orang peserta.

Monday 20 February 2012

Aktiviti-aktiviti bersama kami

Sebagai Anggota KEMAS dalam bidang Pendidikan Kesejahtetaan Keluarga di tempat kami telah menyediakan berbagai-bagai jenis aktiviti seperti anyaman rotan, gubahan hantaran penganti (bunga telor dan sebagainya), sulaman riben, rekaan bunga dari bahan terbuang, demontrasi masakan dan lain-lain yang boleh menarik minat orang ramai yang berminat untuk menyertainaya.  Ramai daripada suri rumahtangga yang telah menyertainya telah berjaya menjadikanya sebagai sumber pendapatan sampingan dengan menerima berbagai-bagai tempahan.  Kami juga menerima untuk menjadi tenaga pengajar di tempat tuan/puan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Pengenalan kepada blog jarijemari kraf kreatif

Selamat datang ke laman blog Jarijemari Kraf Kreatif.  Kami menyediakan berbagai jenis kraftangan dari berbagai-bagai jenis bahan samada dari bahan terbuang atau sebagainya.

1.   Berbagai jenis kraf dari rotan seperti bakul sia, bakul kain, bakul cenderahati sempena perkahwinan
      dan lain-lain.
2.   Sulaman pada tudung saji yang berbagai corak dari berbagai saiz
3.   Hiasan bunga pada cermin muka
4.   Berbagai-bagai lagi kraf dari bahan terbuang yg boleh di jadikan cenderahati
5.   Pokok bonzai dari dawai emas tiruan dan daun kristal tiruan

Layari laman blog kami jarijemarikrafkreatif@gmail.com